Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak mengakui penggiliran pemain amat penting buat pasukan ketika ini dalam menghadapi jadual padat sambil menyifatkan pemain yang diturunkan dalam aksi menentang Penang FC, semalam beraksi cemerlang untuk menghadiahkan tiga mata.

Aidil melakukan sedikit rombakan tanpa menurunkan Anumanthan Kumar dan penjaga gol Shahril Saā€™ari dalam kesebelasan utama bagi memberi ruang kepada mereka untuk bersedia bagi aksi lebih getir berdepan Terengganu FC, Sabtu ini.

Namun, meskipun tanpa dua pemain utama itu selain tonggak import, Renan Alves yang tidak diturunkan susulan kad merah yang diperoleh pada perlawanan lalu juga tidak menggugat aksi Kedah untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Penang.

Ifwat Akmal yang diberi kepercayaan untuk mengawal gawang juga beraksi dengan cemerlang selepas kali terakhir diletakkan dalam skuad utama pada aksi Piala Sumbangsih, Mac lalu sebelum berdepan kecederaan.

ā€œAnumanthan telah meraih dua kad kuning, jadi saya tidak mahu mengambil risiko meletakkan dia dalam kesebelasan utama sebab kita masih perlukan dia untuk aksi lebih getir menentang Terengganu nanti.

ā€œShahril juga perlukan rehat dengan jadual yang padat ini, jadi peluang saya berikan kepada Ifwat pula untuk menjadi penjaga gol utama pada perlawanan ini.

ā€œSaya rasa sekarang adalah masa sesuai untuk kita lakukan penggiliran pemain dengan lebih kerap kerana banyak aksi-aksi penting kita perlu tempuh, bergantung kepada siapa lawan kita.

ā€œSemua pemain saya akan kerahkan untuk kita sentiasa bersedia bagi setiap perlawanan, dan mereka telah melakukan tugas cukup baik menentang Penang untuk kita raih tiga mata,ā€ jelasnya.

Dalam pada itu, pengendali Penang FC, Thomas Trucha mengakui Kedah adalah pasukan yang kuat dan percaturannya tidak menjadi untuk mengatasi penguasaan lawan.

Tetapi, beliau tidak menganggap ketiadaan empat pemain import iaitu Casagrande, Endrick Dos Santos, Rafael Vitor serta Ryuji Utomo menjadi punca utama kepada kekalahan tersebut.

ā€œSaya perlu gunakan pemain-pemain yang ada untuk mereka tetap bekerja keras tidak kira siapa pun yang diturunkan dalam aksi itu.

ā€œSaya tidak rasa ketiadaan mereka jadi sebab utama, kerana punca utama adalah percaturan yang tidak menjadi dan untuk dapatkan keputusan yang baik, memang kena perlukan latihan yang betul-betul baik tidak kira pemain mana yang akan bermainā€, katanya.

- Advertisement -