Oleh Muhammad Aiman

Pemain cilik berusia 12 tahun, Aira Azman meletakkan sasaran mahu memenangi gelaran B-13 tahun di Terbuka Remaja British sekaligus menepati statusnya selaku pilihan pertama kejohanan itu yang akan berlangsung di Sheffield dari 2-7 Januari ini.

Pemain berasal dari Kedah itu percaya ini adalah detik terbaik untuknya menyerlahkan potensi setelah melalui tahun 2016 yang agak memberangsangkan di mana dia muncul juara Kejohanan Remaja Asia B-13 pada September lalu.

ā€œDalam penampilan pertama di kejohanan itu pada 2015, saya berada di tempat kesembilan. Kemudian pada awal tahun ini menduduki tempat keenam. Saya telah menunjukkan peningkatan yang baik dan kini saya mahu bergelar juara.

ā€œMemang itu tumpuan saya ketika ini dan saya perlu berada dalam keadaan benar-benar bersedia kerana berdepan undian yang sukar. Pemain pilihan seperti Salma El Tayeb dari Mesir berada dalam laluan yang sama dengan saya jadi saya perlu berada pada prestasi lebih dari yang terbaik,ā€ katanya.

Aira menerima ā€˜byeā€™ di pusingan pertama dan akan berdepan sama ada pemain Botswana, Agel Otshabeng atau pemain Amerika Syarikat, Joy Qu di pusingan kedua. Seandainya tidak berlaku sebarang kejutan, Aira dijangka menentang wakil tuan rumah Torrie Malik di suku akhir dan Salma yang merupakan pilihan ketiga di separuh akhir.

Dalam pada itu, Aira yang ketika ini sedang beraksi di Terbuka Remaja Pontefract di West Yorkshire memulakan saingan dengan langkah kanan setelah menewaskan Laura Longfield dari England 11-4, 11-1, 11-2 dalam aksi Kumpulan A kategori B-15.

Dia masih mempunyai dua perlawanan menentang Lydia Robinson dan Mei Whattam bagi merebut tempat di separuh akhir, yang mana hanya dua pemain teratas kedudukan kumpulan akan mara. Ā Ā Ā 

- Advertisement -