Bermula hari Rabu (28 Disember 2016) sehingga Khamis (29 Disember 2016) Sekretariat Pengelola Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 menganjurkan Program Latihan Sukarelawan fasa pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

500 sukarelawan dijemput untuk menghadiri program ini dimana ia melibatkan mahasiwa dan mahasiswi daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Politeknik, dan sekolah serta individu disekitar Lembah Klang.

Objektif program ini adalah memberi pengetahuan tentang Sukan SEA dan membina identity komuniti ASEAN selain memberi pendedahan tentang peranan, prinsip dan nilai sukarelawanan dalam menjayakan Kuala Lumpur 2017.

Peserta juga akan diberikan pendedahan dan latihan untuk menguruskan situasi mencabar dan menangani konflik dengan menggunakan prinsip prinsip komunikasi antara budaya yang berkesan.

Antara peserta terlibat, Nur Hidayah Ahmad Shafii yang merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari Institut St John, Kuala Lumpur berkata, peluang ini mahu dimanfaatkan untuk menimba pengalaman baru.

“Sebelum menyertai program sukarelawan ini, saya ada buat kajian untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang Sukan SEA.

“Harapan saya adalah mengharapkan semua pihak memberikan kerjasama dalam memastikan kelancaran temasya Kuala Lumpur 2017 nanti.”Kata Nur Hidaya Ahmad Shafii.

2017 juga tahun paling manis buat salah seorang perserta berusia 60 tahun, G Siritharan K Govindasamy.

Beliau kembali semula menggalas tugas sebagai sukarelawan Sukan SEA selepas melakukannya pada 2001.

“Saya berbesar hati untuk menyertai sukarelawan Sukan SEA ke 29, selepas melakukannya pada 1998 (Sukan Komanwel) dan Sukan SEA 2001.

“Sukan juga menjadi salah satu daripada minat saya, dan untuk Kuala Lumpur 2017 tahun diharapkan lebih ramai lagi remaja yang akan tampil untuk menjadi sukarelawan.”Kata G Siritharan K Govindasamy.

Siri pertama Program Latihan Sukarelawan akan berlangsung sehingga 28 Februari 2017 sebelum fasa kedua diteruskan pada bulan April hingga Mei 2017 dimana peserta akan didedahkan dengan Modul Khusus yang akan memperincikan tugas masing masing.

 

 

First phase of Kuala Lumpur 2017 Volunteer Program begins

The first phase of the Kuala Lumpur 2017 Volunteer Program begins today under the auspices of MASOC at the Universiti Kebangsaan Malaysia in Bangi.

At least 500 registered volunteers were called to the three-day event involving undergraduates from both the public and private schools of higher learning (IPTA and also IPTS), Polytechnics, schools and also individuals from in and around the Klang Valley.

The objective of the program is to introduce the volunteers on the history and also the basics of SEA Games and the important role it plays in the ASEAN community as well as giving exposure to the role, principles and values of volunteerism towards making Kuala Lumpur 2017 a success.

Participants were also given training on how to handle stressful situations and unraveling conflicts so as to appear seamless across the many cultural differences that is the ASEAN family.

Among the many participants who came to UKM this morning was Nur Hidayah Ahmad Shafii from Institut St John, Kuala Lumpur, who said that she is all eager to gain new experience.

“Prior to signing up for this program, I had done some homework on the SEA Games, its history and its significance to ASEAN

“My hope is that I can play a role in ensuring that Kuala Lumpur 2017 can be a resounding success.”

For another participant G. Siritharan, taking part in Kuala Lumpur 2017 presents an opportunity to come full circle, considering that he had also taken part at the SEA Games in 2001.

“I feel very honoured to be able to take part at the 29th SEA Games as I was also a volunteer at the Commonwealth Games in 1998 and then the SEA Games in 2001.

“I love sports, so being a volunteer comes natural for me. I hope that more youths will come forward and be a volunteer for Kuala Lumpur 2017,” said Siritharan.

The next phase of the Volunteer Program will take place in April until May 2017.

- Advertisement -