Amirizdwan Taj Tajuddin bakal beraksi untuk pasukan Kelantan bagi saingan Liga Super musim depan.

Perkara tersebut disahkan Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan perkara tersebut untuk mendapatkan khidmat Amirizdwan bagi mengisi slot barisan pertahanan.

Namanya tidak asing dalam skuad The Red Warriors kerana pemain tinggi lampai ini pernah beraksi untuk Kelantan pada 2015 sebelum berhijrah ke Terengganu.

Karier awal pemain berusia 31 tahun ini bermula dari UiTM FC  bermula 2004 sebelum beraksi secara pro pada 2008 hingga 2011.

Setahun kemudian, Amir berhijrah untuk menyertai ATM selama empat musim dan melakukan 48 penampilan bersama pasukan itu sebelum ke Kelantan.

Amirizdwan Taj Tajuddin ditawarkan kontrak selama setahun bersama Kelantan dan dijangka bergandingan dengan pemain import, Cassio Francisco de Jessus.

Sementara itu, desas desus awal mengatakan Kelantan bakal dikendalikan jurulatih kelahiran Thailand untuk mengharungi musim 2018.

Maklumat tentang pengendali tersebut masih belum didedahkan KAFA dan mungkin akan diumumkan sebaik proses rundingan mencapai kata putus.

 

- Advertisement -