melaka-united

Oleh Muhammad Aiman

Kapten pasukan Harimau Selatan yang beraksi untuk Juara Liga Super, Johor Darul Takzim, Amri Yahyah hampir pasti berhijrah daripada selatan tanah air untuk menyertai Melaka United.

Pengurus pasukan Melaka United yang juga juara Liga Perdana musim lalu, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan urusan melibatkan MUSA dan Amri dijangka selesai pada Isnin.

“Kita telah beri tawaran secara lisan kepada beliau nampak semuanya positif tetapi kita beri masa kepada beliau untuk memikirkannya, kita tengok bagaimana Isnin ini,” kata Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Pemilihan Amri ke dalam skuad Melaka United untuk mengharungi Liga Super musim 2017 adalah kerana prestasi semasa pemain berusia 35 tahun itu  

“Walaupun usianya hampir 36 tahun tetapi prestasi beliau seperti penyerang berusia 26 tahun, kita percaya beliau mampu membantu Melaka United ke tahap lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Amri Yahyah memiliki 61 caps dengan jaringan 15 gol sepanjang bersama skuad kebangsaan dan pernah menyarung jersi Selangor dan Johor Darul Takzim (JDT).

- Advertisement -