peng.soon.liu.ying

Oleh Muhammad Aiman

Impian bagi tahun 2017, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mahu mengekalkan kedudukan mereka selau gandingan bergu campura dalam kelompok lima terbaik dunia.

Bukan tugas mudah susulan jadual yang padat sepanjang 2017, bergu campuran nombor satu negara berusaha untuk mencapai keputusan yang positif disetiap kejohanan selain mencari jalan bagi mengatasi masalah kecederaan.

Keputusan yang positif untuk Peng Soon dan Liu Ying terus memberikan mata bukan sahaja untuk ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), malah memburu slot ke Kejohanan Dunia.

“Sangat banyak kejohanan (tahun depan) terutama November dan Disember. Menyertai kejohanan seperti ini juga merupakan suatu bentuk latihan untuk kami meningkatkan prestasi.

“Dengan semua ini saya harap dapat berlatih dan capai prestasi yang baik bagi kembali ke (Sukan) Olimpik nanti,” kata Goh Liu Ying.

Kedudukan Chan Peng Soon – Goh Liu Ying dalam ranking terkini BWF adalah di tangga kelima dengan 67,060 mata manakala pasangan Korea Selatan iaitu Ko Sung Hyun dan Kim Ha Na berada di tempat teratas dengan 80,420 mata.

Peng Soon dan Liu Ying hanya menjulang satu trofi bagi musim 2016, iaitu Terbuka New Zealand pada penghujung Mac lalu.

Pencapaian terbaik mereka adalah memenangi pingat perak ketika di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro Ogos lalu.

- Advertisement -