Ketua Jurulatih skuad kebangsaan negara, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 26 pemain bagi kem latihan pusat terakhir Harimau Malaya menjelang kempen Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung pada November.

Malaysia akan menghadapi aksi persahabatan antarabangsa ‘A’ dengan Maldives pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Daripada senarai 26 pemain yang dipanggil, Cheng Hoe akan menggugurkan tiga pemain sekaligus memuktamadkan 23 pemain yang akan menggalas tugas sepanjang saingan Piala AFF kelak.

Pemain pemain yang dipanggil perlu melapor diri pada 24 Oktober sementara empat pemain yang beraksi untuk pasukan Perak, Amirul Azhan Aznan, Muhd Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad dan Kenny Palraj yang akan beraksi bagi perlawanan final Piala Malaysia hujung minggu ini perlu melaporkan diri pada 29 Oktober.

Daripada senarai 26 pemain, Tan Cheng Hoe memanggil La’Vere Lawrence Corbin Ong yang beraksi untuk pasukan JDT.

Pemain berusia 27 tahun ini beraksi diposisi pertahanan kiri dan pernah beraksi untuk skuad kebangsaan Kanada tahun lalu.

Dalam pada itu, lima pemain berada dalam senarai menunggu iaitu, Muhd Haziq Nazli dan Muhd Nazmi Faiz Mansor daripada pasukan JDT, Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Mahali Jasuli (PKNS) dan Nazirul Naim Che Hashim (Perak).

Lima pemain ini akan menggantikan mana mana 26 pemain yang mengalami kecederaan atas pengesahan dan nasihat daripada doktor pasukan.

Malaysia akan membuka kempen peringkat kumpulan Piala AFF 2018 berdepan Kemboja di Phnom Penh pada 8 November.

 

Senarai 26 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan (24 Oktober – 2 November)

 

- Advertisement -