Perlawanan persahabatan antarabangsa ā€˜Aā€™ menentang Maldives menjadi medan terakhir 26 pemain yang dipanggil untuk membuktikan mereka sememangnya layak untuk mengisi slot 23 pemain yang akan menggalas tugas ke kempen Piala AFF bulan depan.

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu pemain pemain yang dipanggil menunjukkan permainan yang terbaik.

ā€œSaya harap dalam ujian terakhir menentang Maldives, pemain pemain dapat menunjukkan permainan yang positif untuk kempen Piala AFF,ā€kata Tan Cheng Hoe.

Barisan kejurulatihan sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya, namun masih memberi peluang kepada pemain pemain lain.

 

 

 

Berita malang buat pemain pertahanan Pahang, Matthew Davies yang sah terpaksa diketepikan kerana tidak sempat pulih sebelum kempen Piala AFF bermula.

ā€œMemang kami barisan kejurulatihan ada bayangan 11 eleven tetapi kami akan terus melihat dalam tempoh lebih kurang 10 hari latihan.

ā€œSelepas MRI kita dapati Matt davis mengambil tempoh masa yang lama untuk pulih, jadi kita terpaksa melupakan Matt Davies,ā€kata Cheng Hoe lagi.

20 pemain melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat skuad kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan manakala enam pemain lagi iaitu lima daripada pasukan Perak akan melaporkan diri selepas tamat Piala Malaysia manakala Akhyar Rashid pula akan melaporkan diri selepas tamat saingan Kejuaraan Piala AFC Bawah 19 tahun yang sedang berlangsung di Indonesia ketika ini

Selepas menentang Maldives, Malaysia akan mempersiapkan diri sebelum terbang ke Phnom Penh menentang Kemboja bagi aksi pembukaan pada 8 November. KU MOHD LUFTIĀ 

- Advertisement -