Meskipun tewas dalam aksi pembukaan kumpulan A ke atas Vietnam 8 November lalu, pengendali Laos, V Sundramoorthy telah melupakannya dan fokus untuk meghadapi tuan rumah, Malaysia dalam misi mencari mata.

Ternyata pengendali kelahiran Singapura itu memanfaatkan pengalaman bermain di Malaysia sebagai kunci utama dalam menilai kemampuan pemain pemain Harimau Malaya.

“Kami bermain dengan Vietnam untuk perlawanan pertama dan saya fikir mereka adalah pasukan pilihan untuk kejohanan ini. Kami sudah melihat bagaimana Malaysia bermain dengan Kemboja dan saya rasa Malaysia dibawah kendalian Tan Cheng Hoe beraksi dengan baik.

 

 

“Penentu bagi perlawanan malam esok adalah pasukan mana yang menyerlah ketika di padang dan jika pasukan kami yang berjaya melakukannya, tidak mustahil kami akan mengubah ramalan orang ramai meskipun bermain sebagai pasukan ‘under dog’.

“Ia membantu kerana saya mengenali pemain pemain pemain Malaysia termasuk kekuatan dan kelemahan mereka,” kata V Sundramoorthy.

Laos kini menghuni tangga tercorot kumpulan A dibelakang Kemboja, Myanmar, Malaysia dan pendahulu, Vietnam.

V Sundramoorthy juga tidak menolak, Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha dan Zaquan Adha mampu menggugat barisan pertahanan Laos.

Meskipun timbul spekulasi tentang keadaan moral pasukan dan kem latihan yang tidak harmoni, V Sundramoorthy enggan menjelas lanjut sebaliknya beliau mahu pemain dan pengurusan memberikan fokus terhadap perlawanan yang akan ditempuhi.

“Untuk kami segalanya berada dalam keadaan baik. Ada banyak perkara yang berlaku diluar sana (facebook, instagram), ia adalah hak penyokong.

“Kami hanya mahu memberi fokus kepada perlawanan dan pastikan pasukan terus bersedia,”katanya lagi.  KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -