2016 celcom axiata Malaysia Open - logo W650xH230Oleh Ku Mohd Lufti

Undian utama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia telah pun lengkap selepas tamat perlawanan kelayakan pusingan kedua hari ini di Stadium Melawati, Shah Alam.

Tiga slot diperuntukkan bagi pemain ke undian utama bagi kesemua lima kategori yang dipertandingkan.

Dalam aksi perseorangan lelaki,  Christie Jonathan dari Indonesia, Iskandar Zulkarnain dari Malaysia dan Chong Yee Han melengkapkan carta perlawanan pusingan pertama selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.

Christie Jonathan menewaskan pemain Jepun, Kenta Nishimoto dengan kemenangan straight set 21-8, 21-12 dalam masa setengah jam.

Pemain Kelahiran Indonesia ini akan berdepan pilihan ke 7 dari Taiwan Chou Tien Chien di pusingan pertama esok.

Manakala pemain Malaysia Iskandar Zulkarnain Zainuddin akan berdepan seorang lagi pemain daripada pusingan kelayakan, Anthony Ginting dari Singapura.

Iskandar melangkah ke undian utama selepas menundukkan wakil Scotland, Casey Alistair straight set 21-7, 21-4 dalam pertarungan selama 20 minit.

“Tahun ini agak bertuah untuk saya dan harap dapat konsisten dalam setiap perlawanan yang diharungi. Sasaran saya mahu tumpukan perlawanan kerana peluang untuk layak ke 16 pemain terbaik Nampak cerah. Saya tidak merasakan sebarang kesakitan di bahagian kaki ketika ini,” kata Iskandar Zulkarnain.

Melengkapkan kuota bagi perseorangan lelaki, seorang lagi pemain Malaysia, Chong Yee Hann, yang melakar kejutan ke atas pemain lebih berpengalaman dari Jepun, Kenichi Tago.

Yee Han tewas 16-21 namun bangkit untuk mengikat kedudukan di set kedua 21-10 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Kenichi Tago yang sedang bergelut untuk meningkatkan tahap kecergasan susulan kecederaan gagal mengikuti permainan pantas Choong Yee Hann sekaligus akur tumpas 21-19 selepas bertarung hamper sejam di gelanggang.

Choong Yee Hann berdepan tugas sukar di pusingan pertama esok, apabila dijadual berdepan pemain nombor dua dunia, Lin Dan.

Asia juga menguasai kategori bergu lelaki menerusi Malaysia dan Filipina.

Wakil Filipina datangnya dari Estanislao Ronel / Vivas Paul Jefferson yang menang ke atas gandingan Hong Kong, Or Chin Chung / Tang Chun mandalam pertarungan 3 set 21-17, 14-21, 22-20 dalam masa 48 minit.

Estanislao Ronel dan Vivas Paul Jefferson akan berdepan pilihan keenam dari Jepun, Hiroyuki Endo, Kenichi Hayakawa.

Manakala dua lagi slot diisi oleh bergu Malaysia, Mohd Razif Abdul Latif / Muhd Hafiz hAshim dan Teo Kok Siang.

Razif dan Hafiz ,mereka hanya memerlukan 26 minit untuk menundukkan gandingan dari Filipina Peter Gabriel Magnave dan Alvin Morada straight set 21-19, 21-19.

Bergu Malaysia ini akan berdepan Berry Angriawan , Ryan Agung Shahputra di pusingan pertama esok.

Kategori bergu campuran pula menyaksikan pasangan dari Korea Selatan, Yoo Yeong Soong, Chang Ye Na menepati ramalan mara ke pusingan pertama selepas menundukkan bergu muda Malaysia, Ong Yew Sin, Peck Yin Wei straight set 21-8, 21-11 dalam masa 24 minit.

Tiga slot perseorangan wanita diisi dua pemain dari Bulgaria dan seorang wakil dari Amerika Syarikat.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN KELAYAKAN PUSINGAN KEDUA

XD – Liu Yuchen / Tang Jinhua (CHN)  – Wong Fai Yin/Shevo Jamie Lai (MAS)  21-18, 21-18  (34’)

MD – Mohd Razif Abdul Latif/ Muhd Hafiz Hashim (MAS) – Peter Gabriel Magnaye / Alvin Morada (PHI)  21-19, 21-19 (26’)

XD – Yoo Yeon Seong / Chang Ye Na (KOR) – Ong Yew Sin / Peck Yen Wei (MAS)  21-8, 21-11 (24’)

MD – Estanislao Ronel / Vivas Paul Jefferson (PHI) – Or Chin Chung / Tang Chun Man (HKG) 21-17, 14-21, 22-20 (48’)

WS – Jauza Fadhilla Sugiarto (INA) – Lim Yin Fun (MAS)  21-13, 22-20 (38’)

XD – Hee Yong Kai Terry / Tan Wei Han (SIN) – Lee Young Dae / Lee So Hee (KOR) 16-21, 25-23, 21-16 (52’)

MS – Christie Jonathan (INA) – Kenta Nishimoto (JPN)  21-8, 21-12 (30’)

MD – Hoon Thien How / Teo Kok Siang (MAS) – Ong Yiew Sin / Teo Ee Yi (MAS)  21-15, 21-16 (33’)

MS – Iskandar Zulkarnain Zainuddin (MAS) – Casey Alistair (SCO) 21-7, 21-4 (20’)

MS – Kenichi Tago (JAP) – Chong Yee Han (MAS)  21-16, 10-21, 19-21 (57’)

MD – Firmansyah Aji / Tandjaya Hendra (INA) – Devadass Darren Isaac / Tan Jinn Hwa (MAS) 14-21, 21-16, 7-7(retired)

MS – Goh Soon Huat (MAS) – Lim Chi Wing (MAS)  21-11 (29’)

- Advertisement -