#Muhaizar bakal menjadi antara 500 pencabar di kejohanan melibatkan disiplin renang dan lari itu

#NX113 Aquathlon tawar peluang untuk atlet mewakili negara pada Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei

Veteran Angkatan Tentera Malaysia Muhaizar Mohamad ingin member hadiah pesaraan terbaik buat dirinya dengan melayakkan diri ke Sukan SEA Kemboja pada bulan Mei ini melalui kejohanan NeptuneX113 (NX113) Aquathlon Putrajaya pada Februari 4.

NX113, yang akandilangsungkan di Tasik Putrajaya, bakal mencuri tumpuan kerana ia juga merupakan medan pemilihan wakil negara ke Sukan SEA, di mana Aquathlon akan dipertandingkan buat julung kalinya.

Dan Muhaizar, yang merupakan pelumba marathon utama kebangsaan, memasang impian untuk merebut pingat ketiga Sukan SEA, kali ini menerusi acara Aquathlon yang membabitkan gabungan disiplin renang dan lari.

Muhaizar sebelum ini pernah menyumbangkan pingat gangsa untuk negara pada dua edisi Sukan SEA iaitu Kuala Lumpur 2017 dan Filipina 2019.

Muhaizar, yang berpangkat Staf Sarjan, bakal bersara dari ATM selepas berkhidmat untuk selamalebih dua dekad lamanya.

Namun dia ingin terlebih dahulu menunaikan satu misi peribadi yang luar dari zon selesanya dengan turut membuktikan kewibawaan dalam saingan multi-disiplin.

Justeru, dia terpanggil untuk untuk mencabar dirinya dengan menyertai kategori Elit NX113 Aquathlon – di mana para pesaingnya perlu mengharungi cabaran berenang 500m lalu diikuti dengan larian 2.5 kilometer.

Walaupun masih baharu dalam bidang ini, Muhaizar tetap tidak gentar untuk merebut kedudukan podium.

“Kepakaran saya adalah dalam larian, jadi kalau saya mampu menamatkanrenangan saya di bawah 10 minit, saya yakin dapat member saingan hebat kepada pencabar-pencabar utama yang lain.

“Saya boleh melengkapkan larian saya di bawah lapan minit,” kata Muhaizar.

“Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mewakili negara pada Sukan SEA. Ini merupakan satu penghormatan yang besar. Saya dapat lihat semakin ramai orang telah berkecimpung dalam sukan ini dan ini merupakan satu petanda baik kerana negara ini sememangnya memerlukan kumpulan bakat yang besar untuk melahirkan jaguh sukan.”

NX113 Aquathlon telah pun menerima pendaftaran daripada 500 peserta dengan jaguh triathlon wanita Indonesia Inge Prasetyo selaku antara nama besar yang bertanding kali ini.

Atlet para kebangsaan Mohd Sabki Ariffin, yang merupakan bekas juara Asia dua kali, juga mengesahkan penyertaanya dalam NX113 Aquathlon.

“Saya telah menerima dana untuk bertanding dalam kejohanan ini dan saya sama sekali tidak akan mensia-siakan peluang ini. Walaupun mengalami kecederaan bukul lali, ia langsung tidak melemahkan semangat saya untuk memberikan yang terbaik,” kata Sabki, yang bersedia mencabar atlet normal di NX113 Aquathlon.

Sabki pernah menjuarai Kejohanan Asia Paratriathlon Subic Bay ASTC sebanyak dua kali pada 2013 dan 2014.

Pengarah Sukan NX113 Aquathlon Andy Foo menjangkakan aksi yang kompetitif pada temasya ini.

“Kami begitu terharu dengan sambutan baik yang diterima. Sejarah bakal terlakar kerana ini merupakan kelayakan julung kali bagi sukan Aquathlon di temasya Sukan SEA di Kemboja nanti.

“Pesanan saya kepada atlet adalah untuk melakukan senaman ringan sejam sebelum acara bermula. Ini akan menjadi pengalaman berharga jadi jangan lupa untuk menikmati penyertaan anda,” katanya.

Pengurus acara Hybrid Management Sdn. Bhd. berasa bangga untuk menjadi pengelola untuk pertandingan ini.

“Kami gembira dapat anjurkan acara ini dengan kerjasama Persatuan Triathlon Malaysia.

Ini akan menjadi himpunan atlit terbaik rantau ini, dan kami tidak sabar untuk menyaksikan kehebatan mereka,” kata Pengarah Hybrid Management Sdn. Bhd. Penny Wong.

Tiga lagi kategori yang akan dipertandingan pada NX113 Aquathlon termasuk Standard (renangan1.5km/larian10km), Sprint (renangan750m swim/larian5km) dan Super Sprint (renangan500m/larian2.5km).

Hanya pesaing-pesaing kategori Elit layak untuk bertanding dalam pemilihan Sukan SEA, dengan syarat mereka harus mendapat mendaftar dengan persatuan Triathlon negeri terlebih dahulu.

NX113 Aquathlon akan dilangsungkan serentak dengan Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara (SEAOWSC) yang akan berlangsung pada Februari 2-4.

NX113 Aquathlon dikelolakan oleh Hybrid Management Sdn. Bhd. dan mendapat sanksi daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Triathlon Malaysia.

- Advertisement -