Atlet skuad negara yang akan membawa cabaran negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos depan mendapat suntikan semangat awal apabila Malaysia buat julung pertama kalinya dinobatkan juara dunia setelah Cheong Jun Hoong memenangi pingat emas acara 10m platform individu wanita, khamis lalu.
Harapan negara dalam meraih juara semakin jelas kelihatan dengan kemenangan yang tidak dijangkan sebagai pengiktirafan besar dalam arena sukan terjun sekali gus mendorong atlet skuad negara untuk berlatih lebih gigih bagi mengharumkan nama negara pada temasya dwitahunan itu.
Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin mengulas kejayaan manis ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam persiapan Malaysia untuk muncul juara dalam temasya sukan KL2017 nanti.
“Ianya satu kesan yang besar kerana ini kemenangan pertama bagi atlet Malaysia dalam sukan acara terjun dalam meraih kejuaraan dunia selepas atlet Azizulhasni Awang yang merangkul kejuaraan dunia dalam sukan Olimpik. 
“Jadi sudah pasti ini akan memberi satu rangsangan yang hebat kepada kotinjen negara kita,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Terhad KL2017 di Stesen Petronas Technology Park Malaysia hari ini (21 Julai).
YB Brig Jen Khairy Jamaluddin turut melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kemenangan Jun Hoong yang berjaya mengalahkan atlet pilihan dari negara China.
“Ini diantara kali pertama kita mengalahkan penerjun dari negara China dan apa yang kita boleh katakan ‘tembok China bukanlah se-gah yang disangkakan’.
“Kita telah buktikan kepada China bahawa cengkaman wereka terhadap sukan terjun itu sebenarnya boleh dicabar dan saya harap bahawa kejutan ini bukan kejutan ‘one off’ sahaja,” katanya lagi.
Terdahulu, penerjun senior berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan luar biasa untuk mengumpul 397.50 mata dari keseluruhan enam terjunan sekaligus melaka kejayaan menumpaskan dua penerjun pilihan dari China, juara dunia 2013, Si Yanie dan penyandang pingat emas Olimpik, Ren Qian. – OLEH HUSNIYAH GHAZALI
- Advertisement -