Dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Akid Aziz mengesahkan gelaran selaku Juara Asia dalam kategori masing-masing sebaik musim 2017 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) melabuhkan tirai di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada Ahad.

Azlan yang beraksi untuk musim kedua bersama Manual Tech KYT Kawasaki Racing merekodkan gelaran keduanya dalam kelas SuperSports 600cc ARRC selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk mengumpul 155 mata keseluruhan, hanya dua mata mengatasi rakan senegara, Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing).

Bermula dari petak keempat, Azlan bermula dengan baik untuk bersaing dalam kelompok empat pelumba bersama-sama Chalermpol Polaimai, Anthony West dan Thitipong Warokorn manakala Apiwat Wongthananon bersendirian mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Selepas berada di kedudukan keempat pada satu ketika, Azlan terpaksa mengerah jentera pada saat akhir untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 29ā€™59.060s manakala Apiwat muncul juara dengan masa keseluruhan 29ā€™53.158s. West menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, 29ā€™55.549s.

ā€œPasukan kami bekerja keras sepanjang malam untuk menyiapkan jentera saya selepas prestasi tidak begitu baik sewaktu perlumbaan pertama semalam. Saya berterima kasih kerana mereka tidak berputus asa dan sentiasa menyediakan yang terbaik untuk saya,ā€ jelas juara musim 2013 itu.

Tambahnya, ā€œDari awal perlumbaan saya tahu yang saya perlu menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik. Pada masa sama juga saya perlu menjaga tayar saya sehingga ke penamat. Strategi saya berjaya dan membantu untuk memintas Chalermpol pada pusingan terakhir,ā€ jelas Azlan yang turut membantu pasukan Kawasaki muncul pasukan terbaik selepas kali terakhir mereka memenangi pada tahun 2011.

Penamat di tangga ketujuh meletakkan Zaqhwan sebagai naib juara keseluruhan dengan 153 mata manakala Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10) yang tamat di kedudukan kelapan di tangga ketiga keseluruhan dengan 149 mata.

Sementara itu, Md Akid Aziz mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan pertama kategori Underbone 150cc sekaligus turut menamatkan penantian juara underbone dari Malaysia setelah kali terakhir dimenangi Mohd Affendi Rosli pada tahun 2009.

Pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor itu menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan untuk mengumpul 177 mata keseluruhan, 12 mata mengatasi naib juara, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) manakala tempat ketiga keseluruhan menjadi milik rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairus yang mengumpul 141 mata keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan terakhir musim 2017 di tempat ketujuh.

ā€œSaya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, keluarga dan juga rakyat Malaysia. Pada perlumbaan akhir tadi (Ahad) saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu kesilapan semalam berulang dan merancang strategi terbaik bersama Haziq. Syukur kerana akhirnya kami berjaya memenangi gelaran individu setelah turut berjaya menjuarai kategori berpasukan,ā€ jelas Akid.

Gelaran ini adalah gelaran keseluruhan kedua Akid pada tahun 2017 setelah turut muncul juara keseluruhan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Saingan Perlumbaan 2 dimenangi oleh Azroy Hakeem Anuar (Yuzy Honda Vietnam Racing) yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa 16ā€™46.680s diikuti Wahyu di tempat kedua, 16ā€™46.786s manakala Md Helmi Azman (ONEXOX TKKR Racing Team) yang menamatkan perlumbaan di tangga keempat dengan masa keseluruhan 16ā€™46.859s naik ke kedudukan ketiga setelah pemenang tempat ketiga, Anggi Setiawan (Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing) digugurkan dua kedudukan kerana kesalahan melebihi laluan litar yang dibenarkan.

 

KEPUTUSAN

SUPERSPORTS 600CC

1 Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing TEAM 29:53.158s

2 Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 29:55.549s

3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29:59.060s

4 Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29:59.543s

5 Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 29:59.656s

 

Kedudukan Keseluruhan Individu

1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 155 mata

2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 153 mata

3 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 149 mata

4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 141 mata

1 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 125 mata

 

Kedudukan Keseluruhan Pasukan

1 Manual Tech KYT Kawasaki Racing (Kawasaki) 182 mata

2 Yamaha Thailand Racing TeamĀ (Yamaha) 165 mata

3 MUSASHi Boon Siew Honda Racing (Honda) 161 mata

4 RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 (Honda) 155 mata

5 Yamaha Racing (Yamaha) 151 mata

 

ASIA PRODUCTION 250CC

1 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 19:09.799s

2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:09.839s

3 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 19:17.532s

4 Peerapong Luiboonpeng (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:18.376s

5 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:18.460s

 

Kedudukan Keseluruhan Individu

1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 215 mata

2 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 188 mata

3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 188 mata

4 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 149 mata

5 Takehiro Yamamoto (JPN) Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team 138 mata

 

Kedudukan Keseluruhan Pasukan

1 Astra Honda Racing TeamĀ Ā (Honda) 257 mata

2 RAMA Honda (Honda) 188 mata

3 YAMAHA Thailand Racing TEAM (Yamaha) 188 mata

4 Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team (Honda) 138 mata

5 Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 122 mata

 

UNDERBONE 150cc

1 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16ā€™46.680s

2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16ā€™46.786s

3 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 16ā€™46.859s

4 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16ā€™47.088s

5 Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing 16ā€™46.854s

 

Kedudukan Keseluruhan Individu

1 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 177 mata

2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 165 mata

3 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 141 mata

4 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 134 mata

5 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 119 mata

 

Kedudukan Keseluruhan Pasukan

1 UMA Racing Yamaha Maju Motor (Yamaha) 214 mata

2 Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 165 mata

3 Yuzy Honda Vietnam Racing Team (Honda) 163 mata

4 SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team (Honda) 146 mata

5 ONEXOX TKKR Racing Team 139 mata

 

- Advertisement -