Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan barisan pemain pemain yang akan menggalas tugas ke saingan Piala Thomas dan Piala Uber 2020 yang akan berlangsung di Aarhurs, Denmark pada Oktober.

Seperti dijangka, perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia akan mengetuai cabaran Piala Thomas negara.

Selain Zee Jia, BAM turut menyenaraikan dua pemain muda, Cheam June Wei dan juara Divisyen 2 kejohanan badminton Jemputan BAM Julai lalu serta pemain profesional Liew Darren bagi mengisi barisan perseorangan lelaki.

Manakala saingan bergu lelaki pula akan digalasĀ Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

BAM turut mengesahkan pasanganĀ Goh V Shem-Tan Wee Kiong memutuskan untuk tidak bersama skuad negara atas alasan peribadi.

Sementara itu, Soniia Cheah akan mengetuai cabaran perseorangan wanita bagi Piala Uber negara bersama sama pemenang pingat emas suykan SEA 2019, S Kisona, Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen serta Pearly Tan-M Thinaah akan membarisi skuad bergu wanita.

- Advertisement -