Malaysia sekali lagi gagal menamatkan badi kekalahan di suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC), apabila skuad negara tewas 3-2 kepada skuad ‘back-up’ China.

Perseorangan negara Lee Zii Jia bermula cemerlang dengan menewaskan Lei Lan Xi, 21-16, 22-20, pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

Bagaimanapun, China selaku juara bertahan, berjaya menyamakan kedudukan apabila perseorangan wanitanya yang berkedudukan ke-101 dunia, Gao Fang Jie, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengejutkan juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, 15-21, 21-13, 21-19, selepas 70 minit perlawanan.

Dalam aksi beregu lelaki pula, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, mengetepikan pasangan negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 24-22, 21-18, sekali gus meletakkan China di depan 2-1.

Beregu wanita nombor lima dunia Pearly Tan-M.Thinaah membuka peluang buat Malaysia semula dengan mengalahkan Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-17, 12-21, 21-19, selepas pertarungan 76 minit.

China, meskipun bermain tanpa barisan pemain utama, membuktikan penguasaannya apabila meraih kemenangan 3-2 selepas beregu campuran pasukan itu yang berada pada ranking ke-110 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, menundukkan beregu nombor enam dunia dari Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, 21-15, 25-23

- Advertisement -