chooi-kah-ming-low-juan-shen-y
Chooi Kah Ming-Low Juan Shen

Oleh Ku Mohd Lufti

Bergu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Gran Prix Emas Master Indonesia selepas menundukkan gandingan tuan rumah, Nughoro Apri Lukhi, Amelia Ririn 21-8, 21-14 dalam masa 28 minit.

Kian Meng danPei Jing akan menanti bergu tuan rumah, Edi Subaktiar, Richi Puspita yang diletak selaku pilihan kelapan selepas menang ke atas rakan seperjuangan Irfan Fadhilahm Weni Anggrani.

Sementara itu kejutan dilakar bergu lelaki negara, Chooi Kah Ming dan Low Juan Shen yang mengejutkan pilihan keempat tuan rumah, Hardianto Hardianto, Haryanto Kenas Adi dalam pertarungan tiga set, 15-21, 21-15, 21-18.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita Goh Jin Wei turut mengesahkan laluan ke separuh akhir selepas menundukkan Gao Fangjie dari China 21-16, 21-18 dalam masa 39 minit.

Lawan Jin Wei adalah pilihan kedua dari Thailand Nitchan Jindapol yang menewaskan wakil Ayumi Mine 21-11, 21-17.

- Advertisement -