wusc-2

Oleh Ku Mohd Lufti

Malaysia dilandasan terbaik untuk memburu pingat dalam acara berpasukan di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia, (WUSC) apabila melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan Switzerland 2-0.

Mata pertama disumbang pemain perseorangan lelaki, Muhammad Addeen Idrakie yang menewaskan Robin Gadola 3-1.

Addeen menang 11-8 di set pertama namun kealpaan mengundang padah apabila mudah melakukan kesilapan sekaligus memberikan kemenangan 11-5 kepada Robin.

Namun Addeen kembali mengawal permainan untuk melakar kemenangan di dua set berikutnya 11-3,11-7 sekaligus memberikan mata pertama untuk Malaysia.

Turun selepas itu Low Wee Wern yang berdepan Nadine Frey , nyata tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan selesa 2-0.

Hanya 18 minit diperlukan Wee Wern untuk menundukkan Nadine dengan keputusan 11-4,11-5 sekaligus mengesahkan kemaraan Malaysia ke peringkat separuh akhir.

Lawan Malaysia diseparuh akhir esok adalah pilihan keenam, Afrika Selatan yang melakar kejutan keatas pilihan ketiga Great Britain.

Mata pertama Great Britain disumbang Joshua Masters yang melakar kemenangan straight games, 11-5, 11-1, 11-6.

Namun Afrika Selatan bangkit mengikat kedudukan menerusi pemain perseorangan wanita, Alexa Pienaar yang menundukkan Nada Mohamed Mahmoud Mohamed Elkalaaway 11-8, 7-11, 11-5, 11-4.

Afrika Selatan mengesahkan kemenangan menerusi Daniel Campbell Lindsay Smith yang berhempulas sebelum menewaskan Matthew Robin Broadberry dalam pertarungan lima set 5-11, 9-11,13-11,12-10,11-6.

- Advertisement -