Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) berkuat kuasa hari ini.

Ia susulan kegagalannya untuk mendapatkan penaja bagi menguruskan struktur kewangan PAFA yang mula ‘goyang’.

Jelas Datuk Seri Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak, tunggakan gaji melibatkan pemain pemain adalah sejak November tahun lalu dimana kos yang perlu ditanggung oleh PAFA adalah sekitar RM 2 juta sebulan.

Tambahnya lagi, hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden PAFA takh pun ada dan akan dilakukan ketika kongress PAFA yang dijadual berlangsung seleway lewatnya bulan hadapan.

Namun, atas faktor gagal untuk mencari penaja, beliau merasakan adalah lebih baik untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih awal agar pemain sedia ada tidak meninggalkan Perak jika pengurusan PAFA masih gagal melunaskan tunggakan gaji.

Datuk Seri Ahmad Faizal dipilih sebagai Presiden PAFA pada 6 Dis 2018.

Turut sama mengikuti jejak Ahamd Faizal, Timbalan Presiden PAFA yang juga pengurus pasukan The Bos Gaurus Datuk Adly Shah Ahmad Tah sebagai tand amenghormati tindakan yang diambil oleh Presiden.

- Advertisement -