Pemenang pingat emas sukan Olimpik Greek, Sofia Bekatorou mendedahkan beliau pernah dicabul pada 1998.

Beliau membuat pendedahan menerusi sidang media oleh Kementerian Sukan Greek dimana perbuatan itu dilakukan oleh pegawai atasan Persekutuan Pelayaran Greek.

Bekas pelayar berusia 43 tahun itu meraih emas ketika di Sukan Olimpik di Athens menjelaskan menerusi sidang media atas talian, salah seorang pegawai melakukan aksi yang kurang sopan ketika mengadakan perbincangan bagi persiapan sukan Olimpik 2000.

Beliau enggan membuka mulut berhubung situasi itu pada ketika itu kerana gusar masa depannya akan gelap dan menjejaskan pasukan pelayaran Greece.

Dalam pada itu, Persekutuan Pelayaran Greece telah memanggil Bekatorou untuk mendapatkan perincian lebih lanjut.

Malah, pengurusan persatuan telah memohon Naib Pengerusi Aristides Adamopoulos untuk melepaskan jawatannya kerana disyaki terlibat dengan isu ini.

- Advertisement -