chong.wei.iskandar

Oleh Ku Mohd Lufti

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei kembali merangkul gelaran sebagai pemain nombor satu dunia selepas kehilangan kedudukan itu selama 18 bulan.

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia BWF pada Khamis menyaksikan Chong Wei merampas kedudukan daripada Chen Long dengan pungutan 94 453 mata.

Perubahan ranking berlaku selepas Datuk Lee Chong wei merangkul kejuaraan kali keenam di terbuka Indonesia sekaligus memberikan 11 000 mata kepada pemenang pingat perak sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.

Beliau digantung BWF selepas didapati positif mengambil bahan terlarang ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada 2014.

Pencapaian ini sekaligus menyuntik semangat pemain berusia 33 tahun itu dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, Ogos nanti.

Chong Wei juga dipiih untuk membawa jalur gemilang ketika majlis perasmian pembukaan di temasya itu nanti.

Seorang lagi pemain perseorangan negara, Zulfadli Zulkifli turut memperbaiki kedudukan, naik satu anak tangga ke kedudukan 37 dunia manakala Iskandar Zulkarnain kekal di tangga ke 33 dunia.

- Advertisement -