wee.kiong.v.shem

Oleh Ku Mohd Lufti

Hasrat pemain badminton nombor satu duni, Datuk Lee Chong Wei untuk melangkah ke separuh akhir Siri Super Dunia Akhir di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B.

Chong Wei tewas dalam pertarungan tiga set 21-14, 14-21, 19-21, sekaligus akur gagal memburu trofi kelima dikejohanan ini.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu tewas dalam aksi pembukaan kepada Son sebelum memperoleh kemenangan ke atas Angus Ng Ka Long dari Hong Kong.

Viktor mengungguli kumpulan B sekaligus mara ke separuh akhir bersam a sama pemain Korea Selatan, Son Wan Ho.

Dalam pada itu, beregu lelaki pilihan kedua kejohanan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan gandingan China Chai Biao – Hong Wei 16-21, 21-13, 22-20.

Kedua dua pasangan ini akan bertemu sekali lagi hari ini untuk penentuan slot ke final.

- Advertisement -