Safe Aim Mutual Sdn Bhd, selaku penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia, dukacita memaklumkan Bahasa Pusingan 5 yang pada asalnya telah dipinda ke Litar Utara Sepang minggu ini (10hb dan 11hb Oktober 2020) akan ditunda ke tarikh baru yang akan diumumkan nanti.

Memandangkan keadaan terkini, pihak penganjur kejuaraan tidak berjaya mendapatkan kelulusan muktamad dari pihak berkuasa untuk menjalankan Pusingan 5 seperti yang telah diumumkan semalam.

Tarikh baharu untuk Pusingan 5 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Safe Aim Mutual Sdn Bhd meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan yang mungkin dialami.

Pada masa yang sama, Safe Aim Mutual turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan kongsi serta penganjur kejuaraan di atas kerjasama dan pemahaman mereka.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut meminta orang ramai agar sentiasa mengikuti panduan SOP keselamatan untuk sama-sama membanteras wabak Covid-19.

- Advertisement -