Vivian Hoo Kah Mon, Woon Khe Wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada masalah buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei Kian menghampiri gelaran keenam Terbuka Indonesia selepas mengesahkan slot ke final, menewaskan pemain muda Indonesia Ihsan Maulana Mustofa.

Hanya 13 minit diperlukan Chong wei untuk menang 21-9 di set pertama.

Ihsan memberi tentangan sengit di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan namun Chong Wei mudah menyerap asakan untuk meranapkan impian pemain berusia 20 tahun itu, sekaligus menutup saingan dengan kemenangan 21-18.

Kemenangan di peringkat separuh akhir ini sekalihus hampir pasti kembali meletakkan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia.

Datuk Lee Chong Wei akan berdepan pemain Denmark, Jan O Jorgensen yang menundukkan wakil Vietnam, Tian Houwei dalam pertarungan tiga set, 21-14, 18-21, 21-17.

Manakala dalam aksi beregu wanita, perjuangan Vivian Hoo Kah Mon, Woon Khe Wei berakhir di peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada gandingan China Tang Yuanting, Yu Yang 15-21, 9-21.

- Advertisement -