psa.womens.tour

Oleh Ku Mohd Lufti

Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David menharapkan sokongan padu daripada penyokong tempatan di Kejohanan Skuasy PSA Wanita Dunia NAZA di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

Juara Dunia ini berpendapat, penonton adalah pencetus semangatnya dalam memburu trofi ke sembilan di kejohanan ini.

“Saya akan pastikan untuk memanfaatkan peluang bermain di Malaysia dan saya agak pasti suasana di stadium akan hangat dengan sorakan daripada penonton.”

“Sudah tentu, ia akan menjadi bonus besar untuk memenangi gelaran di hadapan penyokong sendiri. Kata Datuk Nicol menerusi laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA) semalam.

Prestasi tidak menentu Nicol termasuk kehilangan gelaran pemain nombor satu dunia kepada pemain England, Laura Massaro sejak Januari tahun ini tidak menjejaskan fokusnya.

Sebaliknya ia memberi penglaman baharu buat Nicol untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

“Proses ini masih berterusan, saya telah membuat sebahagian besar perubahan untuk lebih konsisten.” kata pemain kelahiran Pulau Pinang.

Nicol akan bermula mempertahankan kejuaraan menentang Rachael Grinham dari Australia pada perlawanan pembukaan pada hari Selasa.

Untuk rekod, Nicol telah memenangi kejuaraan dunia kelapan kali – 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.

- Advertisement -