Sepak mula Bundesliga di Jerman bakal bermula pada Sabtu namun agak mengecewakan buat dua tonggak Borussia Dortmund yang terpaksa diketepikan.

Axel Witsel dan Emre Can sah tidak akan beraksi ketika Dortmund akan turun menentang Schalke 04 susulan kecederaan otot ketika kembali menjalani sesi latihan.

Kesemua perlawanan akan berlangsung tanpa kehadiran penyokong sebagai langkah keselamatan bagi mengelak penularan Covid 19.

Malah, sebelum sepak mula, kesemua pemain dan pegawai akan menjalani proses kuarantin selama seminggu bagi memastikan tiada kes positif jangkitan Covid 19 berlaku.

Pertembungan derby atau lebih dikenali dengan Ruhr derby diantara kedua dua pasukan antara perlawanan yang dinantikan oleh peminat dan menjadi aksi tumpuan selepas bolasepak sepi selama dua bulan.

Bundesliga akan menjadi kejohanan major di Eropah yang pertama menyambung semula liga selepas mendapat persetujuan kerajaan untuk meneruskan sukan bolasepak meskipun Jerman telah mencatat lebih 7500 kes kematian.

Borussia Dortmund menghuni tangga kedua ketinggalan emoat mata dibelakang Bayern Munich dan hanya berkelebihan satu mata ke atas RB Leipzig.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 95 tahun perlawanan Ruhr derby diantara Borussia Dortmund dan Schalke 04 berlangsung tanpa penyokong.

 

- Advertisement -