Majlis Olimpik Malaysia memberi saranan kepada persatuan persatuan sukan untuk tidak menghantar atlet atau menyertai sebarang kejohanan di negara China buat sementara waktu.

ia susulan wabak penyakit 2019 Novel Koronavirus (2019-nCov) yang sedang melanda negara Tembok Besar itu dan dilihat sebagai serius.

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mahu persatuan untuk menunda sebarang kegiatan ke China untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

Susulan 2019-nCov, Persatuan Olahraga Asia (AAA) membatalkan kejohanan Olahraga Asia edisi ke 9 yang dijadual berlangsung di Hanzou, China pada 12 dan 13 Februari depan.

Dalam pada itu, atletr terjun yang berada di China ketika ini mengambil langkah pencegahan untuk mengelak sebarang jangkitan.

Laporan Bernama berkata, Leong Mun Yee, Pandelela Rinong, Wendy Ng Yan Yee, Kimberly Bong dan Enrique Harold sedang menjalani latihan di Sichuan Gymnasium, Chengdu, manakala Juara Dunia 2017, Cheong Jun Hoong menjalani latihan berasingan dengan bekas jurulatih kebangsaan, Yang Zhuliang di Qinhuangdao.

Enam atlet terjun negara sedang menjalani latihan intensif sebagai persiapan untu beraksi di Piala Dunia yang akan berlangsung di Tokto, Jepun, dari 21 hingga 26 April.

Penerjun berpengalaman negara, Mun Yee berkata sebagai langkah berjaga-jaga daripada virus berbahaya itu, pusat latihan itu ditutup dan orang luar tidak dibenarkan memasuki pusat itu.

Kem renang negara juga sentiasa berkomunikasi dengan pihak Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai perkembangan semasa.

 

 

- Advertisement -