SINGAPURA menambah kutipan emas di kolam renang Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil selepas pasangan Miya Yong Hsing dan Debbie Soh Li Fei memastikan kemenangan dalam acara renang seirama rutin rutin teknikal duet pada Jumaat (18 Ogos).
Selepas kejayaan meraih emas dalam acara rutin bebas solo pada Khamis (17 Ogos), Singapura terus menguasai biarpun disaingi tujuh lagi gandingan dari Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia dan tuan rumah Malaysia.
Tarian Miya dan Debbie nyata kemas dan bertenaga memberikan mereka mata tertinggi 75.1791 mata untuk meraih emas.
Gandingan pasangan negara Gan Hua Wei dan Lee Hying Huey juga tidak kurang hebat dengan sokongan lebih 200 penonton tempatan. Namun, catatan 74.3459 mata belum cukup memintas pasangan Singapura dan terpaksa akur dengan perak.
Indonesia, diwakili Anisa Feritrianti dan Claudia Megawati Suyanto yang mengumpul 68.9504 mata untuk gangsa.
Acara renang seirama berehat sehari esok (19 Ogos) untuk upacara pembukaan rasmi sebelum bersambung dengan acara duet rutin bebas dan rutin bebas berpasukan pada Ahad (20 Ogos).
APA KATA MEREKA
 âKami amat gembira dengan kemenangan ini dan berterima kasih dengan Persatuan Renang Singapura kerana banyak membantu. Akhirnya kami berjaya mengatasi Malaysia tetapi mata yang rapat bermakna kami tidak boleh ambil mudah.â â Debbie Soh, pemenang emas Singapura.
âKami telah melakukan yang terbaik tetapi terpulang kepada juri untuk menilai dan memberi markah. Kami akan bangkit semula untuk acara selepas ini.â â Gan Hua Wei, Malaysia.
SYNCHRONISED SWIMMING: GOLD NO. 2 FOR SâPORE, MâSIA SETTLE FOR SILVER
SINGAPOREâs Mia Yong and Debbie Soh put up a convincing display in the pool at National Aquatic Centre in Bukit Jalil, clinching the republicâs second gold in synchronised swimming Duets Technical Routine on Friday (18 Aug).
Following Thursdayâs (17 Aug) victory, the pair came out tops with 75.1791 points to beat seven other pairs from Philippines, Thailand, Vietnam, Indonesia and hosts Malaysia.
Malaysiaâs Gan Hua Wei and Lee Hying Huey, backed by some 200 local supporters, settled for the silver medal after amassing 74.3459 points.
âWeâve done our best but itâs clearly not good enough for the gold medal. Itâs up to the jury to judge our performance, but weâll bounce back for the next events,â said Gan. Â
Indonesia, represented by Anisa Feritrianti and Claudia Megawati Suyanto, garnered 68.9504 points to walk away with the bronze.
Synchronised swimming takes a break tomorrow (19 Aug) for the opening ceremony and will resume on Sunday (20 Aug) with another two disciplines â duets technical routine and team free routine.
 âWeâre really happy with this win and thank the Singapore Swimming Association for all the help and assistance. The points are quite close and  weâll have to continue to work hard,â said Debbie Soh. Â