Status tentang keputusan bantahan kontinjen Malaysia melibatkan Muhd Ziyad Zolkefli dijangka akan diketahui pagi esok.

Atlet lontar peluru kelas F20 itu berdepan detik gelap apabila penyertaannya dibatalkan selepas atlet dari Ukraine dilaporkan membuat protes terhadap Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) yang dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Ciapan laman sosial twitter Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan nasib pingat emas samada menjadi milik Ziyad atau sebaliknya akan diketahui pagi Rabu.

“Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada 3 negara, Malaysia, Ecuador dan Australia akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi.

“Kita pertahankan! Mohon doa rakyat Malaysia,” kata Ahmad Faizal.

Setakat ini pingat emas masih menjadi milik atlet Ukraine, Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul seorang lagi atlet dari Ukraine, Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.

Gangsa dimiliki atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.

- Advertisement -