formul

Oleh Ku Mohd Lufti

Sejak Malaysia mengambil bahagian sebagai salah satu penganjur dalam saingan Formula 1 pada 1999,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat ia memberi impak positif dalam memberi pendedahan global buat Malaysia.

Malah, perlumbaan lain seperti GP 2 dan GP 3 menambahkan lagi kerancakkan perlumbaan di Litar Antarabangsan Sepang.

“Sebelum ini, lebih 500 juta orang dari 180 negara menonton atau mengikuti perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia menerusi televisyen, media cetak mahupun media sosial.

“Saya percaya jumlah ini mempunyai potensi untuk terus meningkat tahun ini,” kata Najib dalam buku rasmi perlumbaan itu.

Malah, perlumbaan Siri GP2 dan GP3 yag baru diperkenalkan serta perubahan tarikh perlumbaan di Malaysia akan mewujudkan pelbagai peluang untuk mempromosikan acara itu kepada golongan penonton yang lebih luas.

“Selepas tiga suku daripada musim ini telah berakhir, peminat pasti mempunya jangkaan yang berbeza terhadap pelumba dan pasukan pilihan mereka, dan ini memberi dorongan lain untuk mereka datang ke Sepang untuk memberikan sokongan,” katanya.

Kehadiran pelumba Malaysia, Nabil Jeffri dalam Siri GP2 pastinya menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia.

Beliau berkata minat warga tempatan semakin dikukuhkan dengan kejayaan berterusan pasukan Mercedes AMG Petronas selepas juara dunia, Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya, Nico Rosberg masih mendahului saingan untuk perebutan kejuaraan tahun ini.

- Advertisement -