matlan_marjan
Matlan Marjan

Oleh Ku Mohd Lufti  

Persatuan Bolasepak Malaysia FAM meluluskan 84 permohonan rayuan bekas bekas pemain bolasepak tempatan yang digantung kerana terbabit dalam kes rasuah antara tahun 1994 dan 1995.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi berkata keputusan itu berkuat kuasa serta merta.

“Sebahagian daripada mereka telahpun dilepaskan dimana mereka hanya boleh terlibat dalam aktiviti bolasepak di peringkat negeri sahaja. Untuk pelepasan kali ini, mereka dibenarkan untuk aktif bukan sahaja diperingkat negeri, malah boleh melibatkan diri dengan mana mana aktiviti yang dianjurkan diperingkat FAM dan antarabangsa,” kata Affandi.

Tambah Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, daripada senarai ini enam pemain menjalani hukuman penggantungan seumur hidup dan FAM perlu merujuk kepada beberapa pihak terbabit sebelum keputusan lanjut dibuat.

Matlan Marjan, Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerard Mojiliu, G. Raveychandran dan Charkes Tindi merupakan enam pemain Sabah yang digantung seumur hidup oleh FAM pada 1995.

Mereka didapati bersalah kerana terlibat dengan kes mengatur perlawanan sekaligus tidak dibenarkan melibatkan diri dalam mana mana aktiviti bolasepak diperingkat negeri dan FAM.

“Sebelum jawatankuasa intergriti buat keputusan, mereka telah mengadakan mesyuarat dan pertimbangkan semua pandangan termasuk daripada FIFA, UEFA, AFC, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah,” kata Hamidin.

- Advertisement -