Oleh Muhammad Aiman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mengenalpasti beberapa calon yang berpotensi dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bolasepak kebangsaan sebagai pengganti kepada Mario Gomez namun mereka tidak akan terburu-buru di dalam membuat keputusan.

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, ā€œKita mahukan calon yang terbaik. Kita sudah berjumpa dengan beberapa calon yang berminat dan menerangkan kepada mereka mengenai perancangan dan projek yang mahu kita sasarkan.

ā€œMereka faham apa kehendak dan sasaran kita, tetapi kita melihat kepada perancangan jangka panjang. Pengendali skuad bawah 23 tahun Australia, Joseph Gombau juga berminat tetapi dia masih terikat dengan pasukan itu.

ā€œApapun, mungkin dalam beberapa minggu lagi kita akan dapat jawapannya.ā€

Tunku Ismail bercakap kepada pemberita selepas berakhir Mesyuarat Exco FAM Pertama bagi penggal 2017-2021 di Kota Kinabalu, Sabah.

Harimau Malaya terpaksa menunggu lebih lama untuk mempunyai ketua jurulatih baru setelah FAM gagal mencapai kata sepakat berhubung soal gaji dan kontrak dengan Gomez yang merupakan pilihan utama memikul tanggungjawab itu, menggantikan Datoā€™ Ong Kim Swee.

Gomez dilaporkan meminta sekitar US$45,000 dengan kontrak selama dua tahun tatkala badan induk itu sedang berdepan kekangan kewangan dan perlu lebih berjimat dalam berbelanja.

Mengenai nasib ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang sebelum ini dilamar untuk menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan, Tunku Ismail berkata FAM tetap mahu mendapatkan khidmatnya namun tidak akan memaksa, sebaliknya menyerahkan kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk membuat keputusan.

ā€œKita mahukan jurulatih tempatan terbaik dan Cheng Hoe adalah individu terbabit. Namun terpulang kepada KFA sama ada mahu melepaskan atau tidak Cheng Hoe, dan begitu juga kita serahkan kepada Cheng Hoe sama ada mahu menyertai kami atau tidak. KFA sudah memohon masa untuk membuat keputusan mengenai perkara ini,ā€ kata Tunku Mahkota Johor itu.

- Advertisement -