nations.cup.2016Impian Farhan Roslan untuk beraksi di Piala Negara Negara Jun depan tidak kesampaian selepas diketepikan oleh jurulatih Bawah 22 Kebangsaan, Frank Berndhart berikutan kecederaan yang dialaminya.

Farhan Roslan nyata kecewa kerana tidak dapat membantu skuad kebangsaan untuk mengharungi Piala Negara Negara yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Saya begitu kecewa kerana mengalami kecederaan pangkal peha ketika perlawanan Liga Super antara Kedah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Aman minggu lalu.”

“Saya masih menunggu pemeriksaan daripada pegawai perubatan untuk mengesahkan tahap kecederaan yang dialami dan berharap dapat kembali pulih seperti biasa secepat mungkin”. Katanya Farhan.

Piala Negara Negara merupakan ujian kedua buat Frank Bernhardt selepas dua aksi persahabatan menentang Skuad bawa 22 tahun Filipina dan skuad senior Nepal penghujung Mac lalu.

Saingan Piala Negara Negara akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun dimana Malaysia akan menentang Singapura sementara Thailand berdepan Myanmar.

Pemenang akan berentap di final manakala pasukan yang  tewas akan bermain untuk penentuan tempat ke 3 dan keempat.

- Advertisement -