Pemain remaja kebangsaan, Muhd Fazriq Mohd Razif dan Siti Nusuhaini Azman tidak rela ‘pulang awal’ dan mahu berikan yang terbaik di kejohanan badminton Slovenia International 2021 yang memulakan saingan hari ini.

Fazriq nyata teruja diberi peluang untuk mewakili Malaysia selepas sekian lama tidak beraksi di pertandingan kompetitif antarabangsa dan pastinya tidak mahu perjuangan di Slovenia International berakhir dengan cepat.

Beliau akan beraksi dalam acara perseorangan lelaki dan bergu lelaki dimana hari ini merupakan pusingan kelayakan untuk memburu slot ke undian utama.

Impian yang sama turut disuarakan Siti Nursuhaini Azman dimana pemain bertubuh kecil ini mahu membuktikan sesuatu di pertandingan ini.

Siti Suhaini akan beraksi dalam acara perseorangan wanita dan bergu wanita.

 

 

- Advertisement -