Afif Amran 50 in action during the CP130 race in Teluk Intan

Ahmad Afif Amran took a thrilling victory in Teluk Intan, Perak as he powered his way past CP130 championship leader, Mohd Zaqhwan Zaidi in the final lap to secure his second win for the season in Round Seven of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship.

In a spectacular 18-lap duel, Afif nicked away the chequered flag from his Givi Honda Yuzy Racing rival at the second last turn (turn 6) after the latter made a gearing mistake, completing the race in 16:58.225s.

Zaqhwan who was hoping to score his fifth win for the season in front of his manager, Shahrol Yuzy’s homecrowd was forced to settle in second place with 16:59.105s.

Meanwhile Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) rode a lonely race to finish third in 17:05.236s followed by teammate, Taufiq Roslan fourth and Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) fifth.

Poleman, Mohd Affendi Rosli retired from the race after four laps due to technical issues.

“We could have not asked for a better weekend. We were fastest yesterday, managed to secure a front row start in the qualifying and transform it into a win,” said a gleeful Afif.

“As for the race it was very challenging. We swapped leads several times before Zaqhwan got the upper-hand in the ninth lap. From there I tailed him waiting for a perfect time to strike and that opportunity came in the final lap when he made a mistake at the U-turn while attempting to cover the inside line.”

“I quickly capitalized on his error to take the outside line, stole the lead and sprinted to the finish line. Thank you PETRONAS Yamaha CKJ for giving me a perfect bike today. Hopefully we can keep up the good work for the remaining rounds this season,” added Afif.

Meanwhile Zaqhwan commented, “I engaged the wrong gear at the U-turn and lost a lot of speed. It was an honest mistake and I would like to apologize to the team and all our supporters who came here today.”

Although disappointed, Zaqhwan was pleased to remain in control of the CP130 overall standings, leading it with 120 points followed by Norizman with 109 points and Afif third, 98 points.

Separately Motul Yamaha YY Pang swept the CP115 podium with Tengku Amirul Haffiruddin securing victory followed by Zaidy Mohd Zaifaizal second and Izzat Zaidi Salehan third. 

This is the second time the all-red outfit has dominated podium with the first being in Temerloh (Round Five).

Tengku Amirul bounced back from a botched start to steal the chequered flag in 14:23.883s, 0.207 seconds ahead of Zaidy with 14:24.090s. Poleman, Izzat finished third in 14:25.652s.

Givi Honda Yuzy Racing’s Mohd Amirul Ariff Musa and Ahmad Syukran Aizat of PETRONAS Yamaha CKJ rounded up the top five.

“No words can describe how I feel now. I am extremely happy because not only is this my second victory for the season, but this also marks the second time YY Pang conquered the podium,” said Tengku Amirul.

He reflected on the 15-lap race and commented, “I did not have the best start so I spent the earlier parts of the race trying to catch up with my teammates. But soon Zaidy made a mistake and Izzat suffered braking issues with his bike so I overtook them and maintained a consistent pace to the finish line.”

Tengku Amirul now has a total of 113 points to his belt while Zaidy continues to lead the intermediate standings with 139 points with Izzat Zaidi second, 128 points.

Meanwhile Khairul Idham Pawi will have to wait for the next round to realize his WIRA title ambitions.

The Kozi Yam Honda Racing rider could have clinched the crown having won the 12-lap race in 11:53.587s if title rival Afiki Supaat finished eighth or lower but the Jetron Apido Team PJM rider finished seventh instead.

Even so, Khairul insisted he was more than happy to just win his home race in front of his family and friends.

Mohd Fairuz Nasir (Felda Pbafb Tech Racing) finished second in 12:05.333s followed by Khairul’s teammate, Mohd Qhuwarismi Nasir third, 12:07.520s

“There was a possibility we could wrap the championship battle here at Teluk Intan but that was never my objective. I just wanted to win at my homeground and make my supporters proud,” said Khairul.

“I don’t mind waiting for the next race to confirm the title,” he added.

Claiming his sixth win for the season, Khairul heads into Round Eight in Jempol, Negeri Sembilan next month hauling 166 points, 74 points clear of Afiki (92 points) while Harith Farhan takes third overall with 75 points.

 

Results

CP130

Final

1.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 16:58.225s 2.Zaqhwan Zaidi (Honda) 16:59.105s 3.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 17:05.236s 4.Taufiq Roslan (Yamaha) 17:06.011s 5.Norizman Ismail (Honda) 17:08.421s

 

Overall Standings

1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 120 points 2.Norizman Ismail (Honda) 109 points 3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 98 points 4.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 77 points 5.Affendi Rosli 76 points

 

Team Awards

1.PETRONAS Yamaha CKJ 174 points 2.Givi Honda Yuzy Racing 168 points 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 162 points 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 124 points 5.Motul Yamaha YY Pang 108 points

 

CP115

Final

1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 14:23.883s 2.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 14:24.090s 3.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 14:25.652s 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 14:31.466s 5.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 14:32.627s

 

Overall Standings

1.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 139 points 2.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 128 points 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 113 points 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 96 points 5.Syafiq Rosli (Honda) 63 points

 

Team Awards

1.Motul Yamaha YY Pang A 241 points 2.Motul Yamaha YY Pang B 170 points 3.Givi Honda Yuzy Racing 135 points 4.M Seki Liberty Honda 107 points 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 73 points

 

WIRA

Final

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 11:53.587s 2.Fairuz Nasir (Yamaha) 12:05.333s 3.Harith Farhan Baharin (Honda) 12:07.520s 4.Saiful Izman (Yamaha) 12:08.021s 5.Amirul Hakim (Yamaha) 12:11.032s

 

Overall Standings

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 166 points 2.Afiki Supaat (Yamaha) 92 points 3.Harith Farhan (Honda) 75 points 4.Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 71 points 5.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 68 points

 

AFIF JUARA DI TELUK INTAN

Ahmad Afif Amran meraih kemenangan kedua kategori CP130 pada musim ini setelah berjaya menakluk perlumbaan akhir di litar Teluk Intan, Perak pada saingan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, di sini, hari ini.

Setelah ketinggalan di kedudukan kedua sehingga ke pusingan terakhir, peluang pelumba PETRONAS Yamaha-AHM itu hadir pada selekoh terakhir apabila Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang mendahului perlumbaan melakukan kesilapan ketika membuat pertukaran gear untuk melepasi selekoh pusingan-U sekaligus membuka ruang buat Afif untuk memintas dan seterusnya memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’58.225s.

Zaqhwan terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan masa 16’59.105s manakala Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di tempat ketiga dengan masa 17’05.236s.

“Kami saling bertukar kedudukan sejak dari pertengahan perlumbaan sehinggalah Zaqhwan kekal berada di depan saya pada beberapa pusingan terakhir,” jelas Afif.

Tambahnya, “Saya cuba mengekori Zaqhwan dan selepas beberapa pusingan, saya nampak ada ruang untuk saya memintas dan saya hanya menunggu saat sesuai untuk bertindak.

“Dengan keupayaan jentera yang cukup bagus di sini, ditambah dengan keadaan fizikal dan mental yang cukup cergas sepanjang perlumbaan, saya sedia untuk mengambil risiko pada pusingan terakhir dan di pusingan-U adalah tempat terbaik untuk memintas. Tidak sangka pula Zaqhwan melakukan kesilapan ketika membuat pertukaran gear dan seterusnya membuka lebih banyak ruang kepada saya. Syukur strategi saya berjaya dan akhirnya berjaya memenangi perlumbaan.”

Gelaran naib juara bagaimanapun sudah cukup untuk Zaqhwan melebarkan jurang sebagai pendahulu dengan mengumpul 120 mata, 11 mata mengatasi pencabar terdekat, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) yang mengumpul 109 mata manakala Afif naik ke tangga ketiga dengan 98 mata.

“Mungkin rezeki saya sekadar naib juara sahaja di sini. Saya tetap bersyukur dan sekurang-kurangnya dapat menjarakkan sedikit kedudukan saya dari Norizman. Masih ada baki tiga perlumbaan selepas ini, jadi saya perlu lebih bersedia dan perlu mengutip seberapa banyak mata pada setiap perlumbaan,” jelas Zaqhwan pula. 

Dalam kategori CP115, pasukan Motul Yamaha YY Pang menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan podium buat kali kedua pada musim ini, sekali lagi menerusi gandingan Tengku Amirul Haffirudin, Zaidy Mohd Zaifaizal dan Mohd Izzat Zaidi Salehan selepas kali pertama melakukannya sewaktu perlumbaan pusingan kelima di Temerloh, Pahang, Jun lepas. 

Tengku Amirul muncul juara setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 14’23.883s diikuti Zaidy kedua, 14’24.090s manakala Izzat ketiga, 14’25.652s manakala sewaktu di Temerloh, Izzat muncul juara sambil Zaidy dan Tengku Amirul di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, mengulas tentang kemenangannya, Tengku Amirul berkata, “Kemenangan ini bukan kemenangan mudah untuk saya. Saya terpaksa bekerja keras sebelum memenangi perlumbaan kerana agak ketinggalan pada peringkat awal. Meskipun ketinggalan, saya kekal fokus dan memintas seorang demi seorang pelumba di hadapan saya sehinggalah Izzat melakukan kesilapan dan pada masa sama jenteranya juga mempunyai sedikit masalah, saya mengambil kesempatan untuk memintas dan kemudiannya bersaing sesama sendiri bersama Zaidy sehingga ke garisan penamat. Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada semua di atas kemenangan ini,” jelas Tengku Amirul.

Keputusan di Teluk Intan bagaimanapun tidak mengubah kedudukan keseluruhan apabila Zaidy terus kekal di tangga teratas dengan mengumpul 139 mata sambil diekori Izzat dan Tengku Amirul di tangga kedua dan ketiga, masing-masing dengan 128 mata dan 113 mata.

Ddalam pada itu, dominasi pelumba Kozi Yam Honda Racing, Khairul Idham Pawi dalam kelas Wira sukar dikekang apabila berjaya meraih gelaran juara buat kali keenam daripada tujuh pusingan perlumbaan yang telah berlangsung setakat ini.

Khairul memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’53.587s menewaskan Fairuz Nasir (Felda Pbafb Tech Racing) dengan perbezaan masa 11.746s sambil rakan sepasukan Khairul, Mohd Harith Farhan Baharin ketiga dengan masa 12’07.520s.

Sebelum perlumbaan, Khairul berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan seandainya dia muncul juara perlumbaan manakala pencabar terdekat, Mohd Afiki Supaat (JETRON Apido Team PJM) sekurang-kurangnya sekadar menamatkan perlumbaan di tangga kelapan. 

Sekalipun bergelar juara dan jauh mendahului kedudukan keseluruuhan dengan mengumpul 166 mata, Khairul bagaimanapun terpaksa menunggu ke pusingan berikutnya di Kangr, perlis, Oktober depan apabila Mohd Afiki berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh untuk memungut sembilan mata dan berada di tangga kedua dengan 92 mata. 

Khairul kini hanya memerlukan satu mata untuk bergelar juara keseluruhan manakala Afiki masih mempunyai peluang jika berjaya memenangi baki tiga perlumbaan dengan mengharapkan Khairul gagal memungut sebarang mata.

“Saya tidak memikirkan tentang gelaran keseluruhan pun di Teluk Intan ini, saya hanya mahu meraih kemenangan di hadapan penyokong dan keluarga saya yang datang beramai-ramai untuk memberikan sokongan. Saya gembira kerana dapat menghadiahkan kemenangan kepada mereka. Tentang gelaran keseluruhan, saya akan cuba memastikan untuk bergelar juara pada perlumbaan akan datang. Walaupun hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata sahaja, saya tidak mahu memandang mudah dan berhasrat untuk mencatat kejayaan berganda, juara pusingan dan juara keseluruhan,” jelas Khairul.

 

Keputusan

CP130

Final

1.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 16:58.225s 2.Zaqhwan Zaidi (Honda) 16:59.105s 3.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 17:05.236s 4.Taufiq Roslan (Yamaha) 17:06.011s 5.Norizman Ismail (Honda) 17:08.421s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 120 mata 2.Norizman Ismail (Honda) 109 mata 3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 98 mata 4.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 77 mata 5.Affendi Rosli 76 mata

 

Anugerah Berpasukan

1.PETRONAS Yamaha CKJ 174 mata 2.Givi Honda Yuzy Racing 168 mata 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 162 mata 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 124 mata 5.Motul Yamaha YY Pang 108 mata

 

CP115

Final

1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 14:23.883s 2.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 14:24.090s 3.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 14:25.652s 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 14:31.466s 5.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 14:32.627s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 139 mata 2.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 128 mata 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 113 mata 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 96 mata 5.Syafiq Rosli (Honda) 63 mata

 

Anugerah Berpasukan

1.Motul Yamaha YY Pang A 241 mata 2.Motul Yamaha YY Pang B 170 mata 3.Givi Honda Yuzy Racing 135 mata 4.M Seki Liberty Honda 107 mata 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 73 mata

 

WIRA

Final

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 11:53.587s 2.Fairuz Nasir (Yamaha) 12:05.333s 3.Harith Farhan Baharin (Honda) 12:07.520s 4.Saiful Izman (Yamaha) 12:08.021s 5.Amirul Hakim (Yamaha) 12:11.032s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 166 mata 2.Afiki Supaat (Yamaha) 92 mata 3.Harith Farhan (Honda) 75 mata 4.Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 71 mata 5.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 68 mata

- Advertisement -