CIMB Classic logoOleh Ku Mohd Lufti

Pemain pro dalam pembikinan negara, Gavin Kyle Green tidak mengecewakan apabila menamatkan aksi sulungnya di CIMB Classic di tempat ke 70 dengan catatan terkumpul, 289 pukulan satu di atas par.

Hari terakhir, Gavin melakar par 72, memperbaiki catatannya berbanding hari ketiga 75 pukulan 3 diatas par sekaligus menjejaskan kedudukannya pada satu ketika.

“Secara keseluruhannya, saya tidak begitu berpuas hati dengan permainan sepanjang minggu ini, tetapi banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki.

“Ada banyak perkara yang saya belajar khususnya aspek fizikal dan mental ketika di kejohanan ini.” Kata Gavin Kyle Green.

Selain Gavin Kyle Green, turut sama mengumpul catatan satu di atas par selepas tamat empat pusingan adalah pemain kelahiran Taiwan, Chan Shih-Chang.

Gavin membawa pulang wang tunai 14,000 Dolar US.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Danny Chia, menamatkan saingan CIMB Classic di kedudukan terakhir dengan catatan terkumpul, 305 pukulan 17 diatas par.

- Advertisement -