cimbOleh Ku Mohd Lufti

Pemain kelahiran Amerika Syarikat, Justin Thomas menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Golf CIMB Classic kali kedua berturut turut selepas memenanginya pada 2015.

Justin menutup hari terakhir di Kelab Golf TPC, Bukit Kiara dengan catatan terkumpul … pukulan … par untuk membawa pulang wang tunai 1.26 juta Dolar US selaku juara.

Hari keempat, pemain berusia 23 tahun ini cemerlang sepanjang 18 lubang terakhir tanpa catatan bogey.

Meskipun diekori rapat tiga pemain, Hideki Matsuyama, Derek Fathauer  dan Anirban Lahiri, namun Thomas tetap tenang dan fokus sepanjang permainan.

Sembilan lubang pertama, Justin membenam birdie dilubang pertama sebelum menambah tiga lagi berturut turut dilubang ke 3,4 dan 5 sebelum melakar satu lagi birdie di lubang ke 9.

Tiga lagi birdie dilakar dilubang ke 10, 16 dan 17 sudah cukup buat juara 2015 itu untuk menutup saingan selaku juara dengan catatan pada hari keempat, 64 pukulan 23 dibawah par.

“Sudah pasti saya gembira dapat memenangi kejuaraan ini dan perjalanan selama 24 jam atau 25 jam ke sini boleh dikatakan berbaloi.

“Sudah tentu saya akan kembali semula ke sini untuk mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga.”Kata Justin Thomas

Justin Thomas menjadi pemain kedua yang mempertahankan kejuaraan CIMB Classic selepas Ryan Moore melakukannya pada 2013 dan 2014.

Malah, Justin meraih 500 mata sekaligus melonjak ke tangga teratas dalam ranking bagi Piala Fed Ex, mengumpul 575 mata, mengatasi Brendan Steele yang mengumpul 533 mata.

Pemain kelahiran Jepun, Hideki Matsuyama muncul naib juara dengan catatan terkumpul selepas empat pusingan, 268 pukulan 20 dibawah par.

Manakala pendahulu bersama hari pertama, Derek Fathauer ditempat ketiga dengan catatan 269 pukulan 19 dibawah par.

78 pemain beraksi di Kejohanan Golf CIMB Classis 2016 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah 7 juta dolar US.

- Advertisement -