Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mendapat suntikan semangat apabila berada di ranking ke 28 dalam senarai terkini ranking BWF 1 Jun lalu.

Ia adalah kedudukan terbaik Jin Wei dan nyata memberikan suntikan semangat buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Misi Jin Wei adalah mahu mengekalkan kedudukan dalam senarai 30 terbaik dunia, justeru beliau perlu mengumpulkan mata di setiap kejohanan yang disertai.

“Saya perlu mendapatkan mata di Terbuka Indonesia nanti. Sasaran saya hanya mahu bermain dan memberi tumpuan satu perlawanan demi satu perlawanan,”

Tambahnya lagi, saiz bukan faktor utama dalam misi meraih keputusan terbaik di pentas yang lebih tinggi.

Pemain kelahiran Jepun, Akane Yamaguchi yang turut memiliki tubuh yang kecil namun mampu berada di kedudukan lima terbaik dunia, menguatkan lagi semangatnya untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Jin Wei memilih Tai Tzu Ying, pemain nombor satu dunia sebagai idola untuk meningkatkan kemahirannya.

“Berbanding Akane Yamaguchi, saya lebih aggresif untuk menyerang dan corak permainan Tzu Ying ketika menyerang dan bertahan tidak mempunyai kelemahan yang ketara dan ia jelas sukar untuk meraih mata daripadanya,” kata Jin Wei. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -