Mengikuti jejak langkah Mei Kuan dan Meng Yean adalah bergu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang turut mengesahkan slot ke separuh akhir Final Jelajah Dunia.

Turun menentang gandingan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja Soon Huat dan Shevon bagaimanapun tewas 17-21 di set pertama.

Namun mereka bangkit dengan aksi yang lebih kemas ditambah dorongan dan nasihat daripada Paulus Firman menyaksikan Soon Huat-Shevon menang dua set berikutnya 21-13, 21-13.

Selepas tiga perlawanan dalam kumpulan B, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menghuni tangga kedua, dibelakang pasangan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue.

- Advertisement -