Pemain bergu lelaki, Goh V Shem- Tan Wee Kiong menaikii podium selaku naib juara Yonex Terbuka Thailand hari ini selepas tewas kepada pilihan keenam dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin.

Bergu negara tewas 16-21 di set pertama namun bangkit dengan aksi yang yang lebih kemas untuk menang di set kedua 23-21.

Aksi di set penentuan nyata sengit namun gandingan Lee Yang dan Wang Chi Lin lebih kemas untuk menang 21-19 sekalugus muncul juara.

Lain lain perlawanan, pilihan pertama bergu campuran tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai menepati ramalan untuk muncul juara selepas menang ke atas piliuhan kedua dari Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 21-3 20-22 21.

Saingan bergu wanita pula diungguli pilihan kelima dari Indonesia Greysia Polli-Apriyani Rahayu yang mengecewakan wakil tuan rumah yang juga pilihan ke tujuh, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai straight set 21-15 21-12

Perseorangan wanita menyaksikan kejutan dilakar Carolina Marin yang menundukkan pilihan pertama dari Taiwan, Tai Tzu Ying straight set 21-9 21-16.

Melengkapkan saingan Yonex Terbuka Thailand di Impact Arena adalah perseorangan lelaki yang dimenangi Viktor Axelsen dari Denmark selepas menumpaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long 21-14, 21-14.

- Advertisement -