• Bayern Munich menawarkan pemain pertahanan Lucas Hernandez sebagai sebahagian daripada pertukaran kepada Manchester City untuk mendapatkan pemain sayap Leroy Sane.

 

  • Pemain Borussia Dortmund yang beraksi secara pinjaman di Real Madrid, Achraf Hakimi diharapkan untuk kekal di Los Blancos dan tidak perlu terburu buru untuk kembali semula ke Bundesliga

 

  • Arsenal kembali menaruh minat untuk mendapatkan penyerang Lyon Moussa Dembele dan telah menghubungi wakil pemain itu bagi memulakan sesi rundingan.

 

 

  • Dalam pada itu, The Gunners juga mengurangkan kira kira 10 kakitangan yang terlibat dalam proses mencari bakat bakat baru yang difikirkan layak untuk dibawa ke Stadium Emirates bagi memulihkan kewangan kelab susulan pandemik Covid 19.

 

 

  • Pemain tengah Chile, Gary Medel mendedahkan rakan senegaranya, Arturo Vidal yang bersama Barcelona, ‘berhasrat’ untuk ke Argentina dan bermain untuk kelab Boca Juniors jika The Catalan tidak berhasrat untuk mengekalkannya di Nou Camp.

 

  • Pemain pertahanan Arsenal, David Luiz telah menghubungi Benfica untuk menyatakan hasratnya kembali semula ke kelab itu. Pemain berusia 33 tahun ini juga pernah menyatakan impiannya untuk menamatkan karier di Portugal.

 

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bersedia untuk menerima pemain pertahanan, Vicent Kompany yang kini berada di Anderlecht sebagai pemain dan pengurus sejak 2019. Guardiola telah menghubungi pemain kelahiran Belgium itu untuk dijadikan sebagai pembantu jurulatih.

The Citizen juga menjadikan pertahanan sensasi Napoli, Kalidou Koulibaly sebagai sasaran utama dan telah menghubungi Presiden kelab Serie A Itali itu, Aurelio De Laurentiis dan bersedia untuk berbelanja besar untuk mendapatkan pemain itu.

 

 

 

 

- Advertisement -