• Chelsea percaya penyerang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho akan memilih Manchester United, justeru mereka mengalihkan perhatian untuk menghubungi Bayer Leverkusen dan menyambar pemain tengah, Kai Havertz.

 

  • Pertahanan veteran Brazil, Thiago Silva percaya masih mampu untuk beraksi sekurang kurangnya dua musim dan akan kekal di Eropah. Kontraknya bersama Paris St Germain akan tamat selepas tiada perbincangan lanjutan kontrak ke atas pemain berusia 35 tahun itu.

 

  • Arsenal mengharapkan hubungan yang baik dengan ayah penyerang mereka Pierre Emerick Aubameyang yang juga ejen pemain berusia 30 tahun itu akan membantu The Gunners untuk mengekalkan pemain itu di Emirates.

 

 

  • Leicester City mensasarkan pertahanan Ajax Amsterdam, Nicolas Tagliafico sebagai pengganti jika Ben Chilwell memutuskan untuk meninggalkan The Foxes. Beliau menjadi buruan Chelsea dan Manchester City.

 

 

  • Gergasi La Liga, Barcelona diberikan tempoh sehingga 7 Julai samada bersetuju atau sebaiknya dengan tawaran £98 juta yang ditetapkan Inter Milan bagi mendapatkan penyerang mereka, Lautaro Martinez

 

  • Spekulasi bertiup di Turin apabila bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sedang merancang untuk meninggalkan Juventus selepas tamat musim ini. Tiada pengesahan dibuat oleh CR7 setakat ini. Sejak berhijrah dari Real Madrid pada 2018, Ronaldo menjaringkan 53 gol dalam 75 penampilannya bersama Juventus.

  • Juventus berharap penyerang mereka, Paolo Dybala akan menandatangani kontrak baru sekaligus terus kekal bersama kelab itu.
- Advertisement -