• Pemain tengah, David Silva masih mahu bersama Manchester City sehingga musim EPL tamat meskipun kontraknya tamat pada 30 Jun dan akan meninggalkan Stadium Ettihad.

 

  • Chelsea berdepan kemungkinan terlepas Dries Mertens selepas Inter Milan dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan pemain Napoli berusia 34 tahun.

 

 

  • Lionel Messi ‘mengajak’ bintang muda Argentina, Lautaro Martinez yang beraksi untuk Inter Milan agar terbang ke Barcelona sebaik jendela perpindahan pemain dibuka semula.

 

 

 

EPL mungkin kehilangan ‘seri’ andai Project Restart gagal dilakukan dan musim ini dibatalkan sepenuhnya. Kelab kelab dijangka melaksanakan pemotongan gaji selain pemain pemain ternama ‘angkat kaki’ mencari liga lain.

 

  • Pengurus Everton, Carlo Ancelotti menghubungi ibu kepada pemain tengah Paris St Germain, Adrien Rabbiot untuk membawa pemain berusia 25 tahun itu ke Goodison Park.

 

 

  • Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menasihatkan pemain muda, Erling Braut Haaland untuk terus kekal dan mengasah bakatnya di Borussia Dortmund. Pemain berusia 19 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Real Madrid.

  • Ejen Philippe Coutinho menjelaskan dia tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan mana mana kelab berhubung masa depan pemain tengah Barcelona itu.

 

 

  • Angel Gomes tidak bercadang untuk menanda tangani kontrak bersama Manchester United kerana tidak yakin dengan kedudukannya di Old Trafford memandang kelab itu sedang mencari pemain pemain sebayanya.

 

 

- Advertisement -