Ketika rakyat Malaysia sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri, arena sukan tanah air berdukacita apabila atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin meninggal dunia awal pagi tadi.

Salah seorang ahli keluarganya ketika berkata kpd media menjelaskan atlet berusia 27 tahun itu rebah dikediamannya di Kajang selepas menunaikan solat subuh dan tidak sedarkan diri

Beliau dikejarkan ke Hospital Kajang namun telah disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Allahyarham kelahiran Johor pernah mewakili negara ke temasya Olimpik sebanyak dua kali; London 2012 dan Rio 2016.

Beliau sedang mengejar slot ke Olimpik kali ketiga dimana kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Penglibatan Allahyarham kira kira sedekad dalam arena sukan memanah negara turut menyaksikan beliau berjaya meraih beberapa kejayaan termasuk meraih pingat emas Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa semasa Piala Asia 2019 di Filipina.

Lain lain kejayaan; pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2011 serta meraih empat pingat emas dan dua perak dalam acara individu serta berpasukan sepanjang penyertaannya di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019.

- Advertisement -