tan_wee_kiong.sabah

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejayaan pemain beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong di pentasi Olimpik Rio baru baru ini terus mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.

Kerajaan negeri Sabah dan badan swasta memberi ganjaran insentif RM 100 000 kepada Tan Wee Kiong yang diserahkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dikediaman rasminya di Sri Gaya.

Turut sama hadir meraikan Tan Wee Kiong adalah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfik  Abu Bakar Titingan.

Datuk Seri Musa Aman turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan Tan Wee Kiong, malah, berharap pemain beregu lelaki itu menjadi  ikon sekaligus menarik lebih ramai belia di Sabah untuk berjaya dalam arena sukan.

“Adalah menjadi harapan kita supaya saudara Tan ini boleh menjadi ‘role model’ kepada atlet muda (bahawa) kalau mahu berjaya seperti Tan mestilah rajin-rajin dan berlatih. Yang penting mesti ada kesungguhan dan dedikasi yang tinggi untuk beroleh kejayaan,” kata Datuk Seri Musa .

Wee Kiong turut menghadiahkan jersi serta topi yang digunakannya semasa di Sukan Olimpik Rio 2016 kepada ketua menteri selain merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Musa dan pingat perak yang dimenanginya.

Tan merupakan anak kelahiran Johor yang berhijrah ke Tawau ketika berusia 12 tahun, berkata beliau akan kembali menjalani latihan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan Terbuka Jepun pada pertengahan September depan.

- Advertisement -