shanshan
Shanshan Feng

Oleh Ku Mohd Lufti

Lydia Ko antara 78 pemain yang mengesahkan penyertaan di Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia yang akan berlangsung di Kelab Golf TPC, Bukit Kiara bermula Khamis ini.

Beliau yang juga pemain nombor satu dunia bakal berdepan cabaran terutamanya juara 2015, Jessica Korda (main pix) yang turut mengesahkan penyertaan untuk memburu kejuaraan kali kedua berturut turut.

Malah, bekas juara 2014 dari China, Shanshan Feng serta pemenang 2011, Na Yeon Choi dari Korea Selatan antara pencabar pencabar utama Jessica Korda untuk merebut hadiah wang tunai 1.8 juta Dolar US.

Pengerusi Jawatankuasa kejohanan, Steven Thielke menjelaskan, pihaknya amat gembira dengan penyertaan daripada pemain-pemain terkemuka dunia pada edisi kejohanan itu tahun ini.

“Kami berbesar hati dengan penyertaan barisan pemain golf terbaik dunia ke salah sebuah kelab golf terkemuka di dunia. Dengan begitu banyak pemain hebat, sukar untuk meramalkan siapa bakal muncul juara.

“Kami mengalu-alukan Jelajah LPGA ke TPC Kuala Lumpur yang bakal menjanjikan edisi istimewa Kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia,” katanya.

Dua pemain negara beraksi pada Sukan Olimpik Rio baru-baru ini, Kelly Tan dan Michelle Koh adalah antara sembilan pemain Malaysia yang akan membawa cabaran di kejohanan berkenaan.

Pemain Malaysia lain ialah Ainil Johani Abu Bakar, Aretha Pan, Nur Durriyah Damian, Ashley Lau, Winnie Ng, Natasha Oon dan Jean Chua.

nayeonchoi
Na Yeon Choi
- Advertisement -