Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 Pusingan Kedua bakal berlangsung bermula 8 Jun depan.

Kesemua 14 negeri dipecah kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi 100PLUS JET Pusingan Kedua, negeri Kedah akan menjadi tuan rumah bagi kumpulan C sementara Perak akan menjadi hos bagi aksi melibatkan empat negarai yang berada di dalam kumpulan A sementara N Sembilan menjadi hos melibatkan aksi kumpulan B.

Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang juga Presiden Persatuan Badminton Putrajaya, Dato’ Sri Khairuddin Samad berharap saingan JET dijadikan platform buat pemain pemain muda negara untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan selepas terpaksa menanti lebih dua tahun untuk beraksi di kejohanan yang kompetitif.

“Meskipun berdepan pandemik Covid 19, mereka (pemain) terus berlatih dan selepas kebenaran untuk menganjurkan kejohanan dibuka, saya melihat ramai yang mengambil dan kehausan untuk menga,bil bahagian.

“Kita dapat mencungkil bakat bakat baharu, dan harapan saya mudah mudahan kita dapat melihat mereka ini dapat beraksi di peringkat kebangsaab dan di pentas antarabangsa,” kata Dato’ Sri Khairuddin.

Johor yang muncul juara keseluruhan ketika saingan Pusingan Pertama yang berlangsung di Putrajaya pada pertengahan Mei lalu melihat saingan akan menjadi semakin sukar namun tidak mustahil pasukannya mampu melakar kejayaan yang lebih positif pada Pusingan Kedua kelak.

“Kami mengharapkan kejayaan yang lebih besar dan mensasarkan kejuaraan bagi kategori perseorangan lelaki dan juga bergu perempuan bawah 16 tahun kerana kami tidak dapat membentuk pemain pemain yang berkualiti kerana kesuntukkan masa.

“Sudah tentu kejohanan 100PLUS J.E.T ini merupakan platform yang bagus buat Petronas Akademi Badminton Malaysia  amnya untuk kita melihat pemain pemain berkualiti seperti Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi Pusingan 1, Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C telah berlangsung dari 11 hingga 15 Mei lalu.

Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun lelaki dan wanita.

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.

- Advertisement -