khairy.jamaluddin.5

Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin Abu bakar menyatakan kesediaannya untuk member kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia SPRM dalam menjalankan siasatan terhadap isu penyelewengan oleh pegawai kanan kerajaan.

Khairy mengesahkan, individu tersebut merupakan pegawai kementerian belia dan sukan, KBS.

‘ SPRM tekah memaklumkan kepada saya beberapa minggu lepas bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut. Saya telah menyatakan kesediaan KBS dan Agensi agensi dibawahnya untuk memberikan kerjasama penuh dengan SPRM supaya siasatan ini dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh.’ katanya menerusi kenyataan media.

KBS menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan , dan akan menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan akan melakukan semakan segara terhadap segala mekanisme dalaman dan proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di KBS.

Perbincangan telahpun diadakan dengan Ketua Setiausaha Negara, KSN untuk menubuhkan satu pasukan siasatan bebas untuk mengenalpasti kelompongan dan menambah baik proses dan prosedur kewangan dalaman KBS.

Objektif pasukan ini adalah memperbaiki kelemahan proses dalaman yang menjurus kepada penyelewengan dana awam.

- Advertisement -