khairy

Oleh Ku Mohd Lufti

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu siasatan dijalankan terhadap akademi bolasepak swasta, Frenz United (FUFA) yang dikhabarkan berdepan masalah kewangan dan pengurusan.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar sedar ia bukan dibawah naungan KBS mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia, (FAM), namun ia tetap perlu di siasat.

Khairy juga tidak mendapat maklumat lanjut tentang perancangan daripada (FUFA) terhadap pemain pemain mereka, justeru bersedia untuk membuka pintu kepada mereka untuk menyertai Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN),

“Saya tidak pasti apakah perancangan Frenz United kerana ini adalah akademi swasta, ia ditubuhkan oleh ahli perniagaan daripada Singapura yang mencari bakat bakat baru dalam bolasepak.

“Tetapi saya difahamkan bahawa ada sedikit masalah pengurusan dan sekarang ini pemain-pemain yang ada dalam akademi ini seolah-olah terbiar dan tidak ada apa-apa latihan yang dibuat.

“Saya telah arahkan PPBN untuk menawarkan tempat kepada pemain-pemain Frenz United ini di sekolah-sekolah yang terlibat dalam program PPBN.” Kata Khairy Jamaluddin.

Terdahulu Khairy Jamaluddin merasmikan Program FIT Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Rembau, Negeri Sembilan.

Tambahnya lagi, beliau turut menjemput ibu bapa dan pemain Frenz United untuk datang ke Majlis Sukan Negara dan berjumpa dengan pegawai PPBN untuk perbincangan.

- Advertisement -