Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) diberi pilihan samada mahu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF) atau sebaliknya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan menerima sebarang keputusan daripada pengurusan PABM, malah KBS juga menerima keputusan penggantungan 12 bukan yang telah dikenakan.

IWF menerusi panel bebas yang telah dilantik mengenakan penggantungan kepada PABM sekaligus tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang kejohanan anjuran IWF sehingga April 2021.

Malah, Malaysia juga tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa jua kejohanan yang dianjurkan oleh IWF selama lima bulan 1 September 20202 serta temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung pada penghujung Julai 2021.

Reezal juga memberi pandangan kepada PABM untuk mengukuhkan lagi pengetahuan jurulatih dan atlet berkenaan bahan bahan terlarang agar tidak isu gagal ujian doping yang ‘popular’ melibatkan atlet angkat berat negara berulang lagi.

Justeru, beliau mengharapkan bukan sahaja PABM, tetapi persatuan persatuan sukan lain menjalin kerjasama yang erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Agensi Anto Doping Malaysia (ADAMAS) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan maklumat dan pengetahuan berkenaan bahan terlarang yang ditelah disenarai Agensi Anti Doping Dunia (WADA) diterima dan dikemaskini.

 

- Advertisement -