khairy

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak meletakkan sebarang sasaran pingat untuk Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Syazrin Muhamad Latif, yang akan mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Rio Ogos nanti.

Namun Khairy tidak menolak pelayar negara mampu melakar kejutan.

“Walaupun tidak sasar podium, kita mahu memaksimumkan prestasi Khairulnizam untuk berada dalam kalangan pelayar terbaik Asia. Kita mahu latih pelayar kita untuk sasarkan sesuatu yang lebih baik bagi Sukan Olimpik akan datang, empat tahun dari sekarang,” katanya.

Khairulnizam dan Nur Syazrin menempah tiket ke Rio, masing-masing dalam acara Laser Standard Lelaki dan Laser Radial Wanita selepas memenangi pingat emas dan perak pada Kejohanan Asia ASAF di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE)dari 5 hingga 12 Mac lepas.

Dalam pada itu, Khairy mengarahkan Majlis Sukan Negara mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pelayaran Malaysia MSA berkenaan pemilihan jurulatih yang akan ke Rio.

Mohd Afendy Abdullah tidak tersenarai dan diganti dengan Norhisham Mat Nor.

- Advertisement -